10 Januari 2010

Kembara XPDC Gunung Kinabalu, Sabah

          Gunung Kinabalu setinggi 4905.2 meter (13455 kaki) dari aras laut seolah menggamit kedatangan aku dan geng-geng rekreasi aku yang lain. Hati memang amat teruja, menghitung hari untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu. Walaupun sebelum ini aku pernah mendaki ke Gunung Kinabalu sebanyak 2 kali, tapi hati ini memang tidak pernah puas menikmati keindahan alam semulajadi negeri Sabah. Segala persiapan rapi telah dibuat dan diatur sebaik mungkin demi memastikan program berjalan dengan lancar. Baik dari segi fizikal, mental dan segala equipment untuk digunakan sepanjang program pendakian nanti.

Masa berganti masa, hari berganti hari.. Hari yang ditunggu pun dah tiba. Aku bertolak dari Taiping ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 malam. Bertemankan semangat yang berkobar-kobar boleh aje aku drive sorang diri ke LCCT. Tiba di LCCT dah pukul 4.00 pagi terus ke 'meeting point' Mc Donald. Flight pukul 6.30 pagi. Sempat lagi sahur Big Mc satu set.. Siap makan terus menguruskan segala hal berkaitan penerbangan dan sebagainya. Akhirnya jam 6.30 pagi terbanglah aku ke Sabah. Letak kepala terus lena diulit mimpi..



Setibanya di KKIA pada jam 9.00 pagi, dah nampak dah kelibat member aku di ruangan ketibaan. Ambik semua harvesack dan bag pack terus je naik bas dan bergerak ke Kota Kinabalu. Lepas isi perut di kedai berhampiran Pasar Filipina bas terus je bergerak ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang melalui jalan yang berliku-liku dan berbukit bukau sejauh 85 kilometer ditempuh selama lebih kurang 3 jam.




Setibanya di Kundasang, aku disajikan dengan pemandangan indah perkampungan kaum Kadazan-Dusun di lereng-lereng bukit. Check in di Zen Garden Resort, cuaca pada masa tu memang nyaman dan dingin. Siap 
semua urusan pembahagian bilik masing-masing aku pun apa lagi, capai DSLR shoot segala apa yang boleh dishoot.. Hehe.. Memang indah sungguh keindahan alam ciptaan Allah S.W.T..

Antara bunga-bungaan penghias lanskap yang terdapat di Zen Garden Resort, Kundasang, Ranau







Pemandangan puncak-puncak yang terdapat di Gunung Kinabalu dari Zen Garden Resort, Kundasang, Ranau

Pemandangan sunset dari Zen Garden Resort, Kundasang, Ranau

Keesokan harinya setelah membersihkan diri dan sarapan, tepat jam 7.00 pagi aku dan semua geng bertolak ke Kinabalu Park. Setiba di Kinabalu Park, aku terus menuju ke Kinabalu Nature Resort bagi menguruskan pendaftaran pendakian, permit, jurupandu dan sebagainya. Siap segala urusan di Kinabalu Nature Park, aku dan rakan-rakanku yang lain diperkenalkan dengan 2 orang jurupandu berketurunan Kadazan-Dusun. Setelah sesi beramah mesra dan berkenalan dengan jurupandu selesai sesi shoot aku pun bermula.. Hehe..

Kad yang tertera no. pengenalan diri para pendaki

Pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah dari Kinabalu Park





Dengan manaiki bas khas Kinabalu Park, aku dan rakan-rakan seperjuangan bertolak ke Timpohon Gate. Di sinilah para pendaki akan memulakan pendakian. Di Timpohon Gate aku sempat mengambil beberapa lagi gambar sebagai kenangan. Setelah selesai doa dibaca aku dan geng-geng memulakan pendakian ke Laban Rata.



Pendakian bermula pada jam 8.30 pagi. Cuaca pada ketika itu amat dingin. Sesekali terpandang jam tangan melihat suhu semasa sudah mencecah 16° celcius. Berfikir sejenak dalam hati.. (ni baru kat bawah agaknya caner la sejuk biler dah sampai kat puncak nanti).. hehe.. Pendakian dimulai dengan jalan menurun memasuki kawasan berpohon tinggi. Pemandangan sekililing sangat indah dan setelah beberapa minit perjalanan bunyi air terjun mulai kedengaran. Rupanya dah sampai di Carson waterfall.




Antara trek yang terpaksa dilalui oleh setiap pendaki dari kilometer 0.1 ke kilometer 2

Perjalanan mulai mendaki. Trek tanah sedikit berbatu yang dibentuk menjadi tangga-tangga alam semulajadi. 
Semasa mendaki para pendaki dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa kerana pada ketinggian ini hujan boleh turun pada bila-bila masa saja. Cuaca sering berubah menjadi mendung dan berkabus. Dan pada ketika ini pendakian semakin sukar kerana terpaksa melalui trek berbatu-batu.




Trek yang agak mencabar bagi pendaki beginner apabila semakin menghampiri Laban Rata



Spesis-spesis flora yang terdapat di sepanjang trek pendakian ke Laban Rata

Pemandangan sunset semasa dalam perjalanan pendakian

Setelah tiba di Laban Rata aku dan geng-geng take 5 jab di cafe yang terdapat di situ. Laban Rata mempunyai sebuah bangunan cukup besar dengan hall room yang berfungsi sebagai restauran. Cuaca sangat sejuk masa tu dan hujan turun lebatnya. Suhu sekitar 11° celcius. Memang terasa sejuknya mencucuk-cucuk tulang, memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Aku dan rakan-rakan lantas memesan makanan di cafe Laban Rata. Harga memang lebih mahal, Fried Rice – RM 8.00, Kinabalu Special Fried Rice – RM 18.00 dan segelas air panas berharga RM 0.50. Tapi apa nak dihairankan, mahal pun mahallah, kalau nak difikirkan secara logika akal memang mahal sebab satu-satunya cafe yang berada di tempat berketinggian lebih dari 3000 meter dari aras laut.

Setelah puas menjamu selera aku dan rakan-rakan bergerak menuju ke rest house kami yang jaraknya terletak 150 meter dari cafe di Laban Rata. Memang sejuk tahap beku dah masa nak mendaki 150 meter ke rest house Panar Laban. Apa boleh buat, perjuangan belum selesai. Setibanya aku di Panar Laban terus diberi penerangan dan taklimat oleh jurupandu tentang pendakian seterusnya ke puncak Low's Peak pada keesokan harinya. Selesai sesi taklimat terus aku masuk dalam kepompong menantikan jam 3.00 pagi untuk bangun sebab pendakian ke puncak Low's Peak akan bermula jam 4.00 pagi.

Tepat jam 3.00 pagi aku terjaga dari tidur akibat terasa sujuk yang tahap melampau. Tengok ke arah jam tangan aku suhu pada waktu tu dah berada dalam 6° celcius. Memang mandi style P.Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok.. hehe.. Selesai membuat persediaan dan diiringi bacaan doa pada jam 3.50 pagi aku dan rakan-rakan meneruskan perjuangan pendakian ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu, Low's Peak.

Pendakian ke Low's Peak memang agak sukar pada kali ini. Ini disebabkan oleh cuaca hujan renyai-renyai dan disertai angin bertiup kencang. Suhu telah menurun hingga ke 2° celcius. Apa pun yang terjadi aku akan tetap menawan puncak tertinggi Gunung Kinabalu untuk kali yang ke-3.. Aku bertekad demi kejayaan. Puncak tertinggi gunung Kinabalu dengan ketinggian 4101 meter dari aras laut akhirnya dapat kutakluki pada jam 5.30 pagi. 

Semasa pendakian turun ke Laban Rata, dalam kesejukan yang teramat sangat sempat juga aku keluarkan DSLR yang berbungkus rapi dari beg untuk merakamkan gambar-gambar sunrise dari puncak Gunung Kinabalu. Insya Allah tahun depan akan aku takluki lagi wahai Kinabalu..




   
 








2 ulasan:

  1. tahniah abg min...kerana berjaya sampai ke gunung kinabalu...nice place ciptaan Allah... pic pun sangat menarik....

    BalasPadam
  2. memang gunung kinabalu tempat yang unik.. biarlah azab siksa bawak kamera DSLR yang berat sampai ke puncak gunung kinabalu tapi alhamdulillah hasilnya amat membanggakan.. thanks gee..

    BalasPadam