Cuaca haritu cerah je, maklumlah kat Taiping nie tempat lain kemarau kat sini boleh hujan. Tempat paling lembab di Malaysia ler katakan. Entah macam mana timbul pulak idea nak pegi Port Weld (Kuala Sepetang) buat photography trip. Terus je tengok graf pasang surut air laut kat jam di tangan, kul 4.00 petang memang air surut, cun giler kalau air surut sebab banyak hidupan paya bakau akan keluar cari makan. Call sana SMS sini atlast terkumpul jugak ler team 'National Photographic' nie. Last line up.. Razmin (aku ler tu), Husnul and wife, Fadzil dan Rahman..
Lokasi : Hutan Simpan Paya Bakau Kuala Sepetang, Perak
Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar.
Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang ini terletak jaraknya 10 km dari bandar Taiping. Pusat ini dikawalselia di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan telah dinobatkan sebagai hutan paya bakau terurus terbaik di dunia.
Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau. Kemudahan-kemudahan yang disediakan :
Pentas dan Dewan Serbaguna
Ruang Makan
Tapak Perkhemahan
Tapak Semaian (penyelidikan)
Boardwalk
Papan Maklumat
Penginapan
Pengangkutan Dalaman (air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Pemandu Pelancong
Tapak Perkhemahan
Tapak Semaian (penyelidikan)
Boardwalk
Papan Maklumat
Penginapan
Pengangkutan Dalaman (air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Pemandu Pelancong
Rimbunan pokok bakau yang terdapat di sekitar hutan simpan
Antara hidupan akuatik yang terdapat di hutan simpan paya bakau
Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
cantiknya...flora dan fauna...menyegarkan...bila nak ajak pi sini...hahaa....
BalasPadamwelcome..welcome to Taiping.. boleh pi pekena mee udang kat Kuala Sepetang.. hehe..
BalasPadam